Oleh Dean Adam
BETONG, Feb 13: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan beberapa kawasan rendah di Jalan Sungai Plandok, Paku dekat sini dinaiki air banjir, hari ini.
Kejadian itu mengakibatkan jalan berkenaan ditelenggami air banjir sedalam 0.6 meter.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.03 pagi.
Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergerak ke tempat kejadian untuk melakukan operasi pemantauan.
“Apabila tiba, anggota bomba mendapati terdapat satu laluan terputus akibat tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati laluan berkenaan hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, jurucakap sama menambah, terdapat sebuah kawasan rumah panjang yang terjejas akibat banjir itu.
Bagaimanapun, difahamkan terdapat laluan alternatif yang boleh ke rumah panjang tersebut.
“Setakat ini tiada operasi pemindahan dilakukan,” ujarnya. — DayakDaily