Jalan di kawasan Universiti Curtin Sarawak ditutup untuk acara Spartan Sarawak 2023 esok (6 Mei)

Laluan ke kawasan universiti Curtin akan ditutup dan dilencongkan bagi member laluan acara Spartan Sarawak 2023.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 5 Mei: Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara Spartan Sarawak 2023 yang akan diadakan pada esok pagi (6 Mei) dikawasan Universiti Curtin Sarawak bermula jam 5 pagi sehingga 12 tengahari.

Penganjuran acara tersebut dijadualka mn bermula pada jam 6 pagi sehingga 6 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ,jalan yang terlibat dengan penutupan jalan adalah Jalan Universiti yang bermula dari bulatan sehingga ke pintu utama kampus universiti.

“Penutupan jalan yang bermula jam 5 pagi sehingga jam 12 tengah hari ini bagi tujuan memastikan keselamatan peserta yang mengambil bahagian di dalam acara larian ini,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, orang awam khususnya warga Miri dinasihatkan merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap daripada kesesakan lalulintas sepanjang penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.

Pihak Polis katanya berharap semua pihak dapat memberi kerjasama serta mematuhi arahan petugas bagi memastikan kelancaran program ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Miri di talian 085-433587. — DayakDaily