This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Sept: Sebahagian jalan Kuching-Samarahan Expressway iaitu di Bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Bulatan Pusat Jantung ditutup sementara mulai semalam sehingga 30 November ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan menerusi notis pemberitahuan berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya.
Bagi Bulatan ILP akan ditutup setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada waktu siang dan 9 malam hingga 4 pagi pada sebelah malam.
Manakala bagi Bulatan Pusat Jantung, jalan akan ditutup pada waktu malam sahaja iaitu mulai 9 malam hingga 4 pagi.
JKR Samarahan menasihati pengguna-pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan.
Pengguna juga diminta mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua.
JKR Samarahan memberitahu bahawa had laju maksimum sepanjang kawasan pembinaan (Lampiran A) ini adalah 30km/j sahaja. — DayakDaily