Jalan antara Kanowit, Song dijangka siap tahun hadapan

Peta menunjukkan projek Jalan Nanga Dap/ Poi/ Ngungun, Kanowit sepanjang 7km kini dalam fasa reka bentuk dan dijangka ditender pada suku ketiga tahun ini.
Advertisement

KUCHING, Feb 12: Jalan diantara Kanowit dan Song yang dianggap ‘missing link’ sepanjang 9km diantara Nanga Ngungun dan Nanga Temalat di Song sedang dibina dan dijangka siap pada tahun hadapan, jelas Menteri Pembangunan Infrastrucktur dan Pengangkutan Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau juga menerangkan bahawa sebuah projek Jalan Nanga Dap/ Poi/ Ngungun, Kanowit sepanjang 7km dengan kos siling sebanyak RM42 juta telah diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-Sebeleas (RMK-11) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menurut beliau, projek tersebut pada masa ini sedang dalam fasa reka bentuk dan dijangka ditender pada suku ketiga tahun ini.

Advertisement

“Jalan yang dicadangkan akan memanfaatkan penduduk di Rh Blayong Banting, Rh Man Malo, Rh Bennet Ringgit Bubong, Rh Chayok Gambai, SMK Nanga Dap, dan Perkampungan Cina Nanga Dap,” jelas Masing hari ini.

Pada masa ini, jalan utama dari Nanga Dap ke beberapa buah rumah panjang, perkampungan Cina, dan sebuah sekolah menengah adalah melalui jalan berlumpur iaitu jalan pembalakan sedia ada.

Justeru, jalan tersebut masih di dalam kawasan konsesi pembalakan milik Kanowit Timber.

“Apabila siap kelak, jalan dicadangkan dari Jalan Kanowit-Song ke Nanga Dap Bazaar akan menghubungkan penduduk di Nanga Dap Bazaar ke Kapit dan Kanowit dengan laluan yang selesa,” jelas Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Jalan sepanjang 7km tersebut akan dibina mengikut piawaian standard jalan berturap JKR R1.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan bahawa pada tahun 2018, kerajaan Sarawak pada awalnya telah meluluskan projek di bawah Rural Transformation Initiative Key Result Area 3 (KRA3), tetapi peruntukan kos siling di bawah RMK-11 hanya terhad kepada kerja-kerja reka bentuk dan pengambilan balik tanah sahaja. — DayakDaily

Advertisement