Jabatan Muzium Sarawak tutup sementara semua muzium

Advertisement

KUCHING, MAC 18: Semua muzium dibawah pentadbiran Jabatan Muzium Sarawak akan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Mac 2020.

Jabatan Muzium Sarawak menerusi kenyataan media berkata, tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak Covid-19.

Muzium-muzium yang terlibat adalah Muzium Sejarah Semulajadi di Kuching, Muzium lslam Sarawak (Kuching), Muzium Sejarah Cina (Kuching), Muzium Tekstil Sarawak (Kuching), Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice) dan Muzium Wilayah Limbang.— DayakDaily

Advertisement
Advertisement