Jabatan Hutan Sarawak giat banteras pembalakan haram

Hamden (enam kiri) merakamkan kenangan bersama wakil-wakil agensi media.

KUCHING, 20 Mac: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sedang giat melaksanakan operasi membanteras pembalakan haram.

Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad berkata, ia penting kerana pembalakan merupakan salah satu daripada penyumbang penting kepada ekonomi Sarawak.

“Kita masih perlu membanteras aktiviti haram seperti ini untuk mengelakkan hasil hutan kita dicuri tanpa dikenakan cukai,” katanya di Malam Penghargaan Media JHS malam ini.


Tambah Hamden, perkara penting adalah untuk menjaga kelestarian hutan dengan kawalan yang lebih ketat dalam pembalakan.

Selain itu katanya JHS juga sedang giat mempromosikan penanaman semula hutan, konservasi hutan, social forestry dan yang terbaharu kaitan hutan dengan carbon market. — DayakDaily