IPU di Sri Aman kekal tidak sihat hari ini, bahagian lain sederhana

Fire and flames. - DayakDaily.com file pic.// Photo: Pixabay

KUCHING, Sept 23: Sri Aman satu-satunya bahagian di Sarawak yang masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Sri Aman mencatatkan IPU 134.

Bahagian-bahagian lain mencatatkan IPU sederhana dengan Miri (81), Samarahan (77), Kuching (75), Sarikei (73), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (81), Sibu (68), Mukah (63), Samalaju (75), Bintulu (61), Kapit (56) dan Limbang (67).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata JAS Sarawak mengesan hanya 2 titik panas di negeri ini, setakat jam 8 pagi tadi.

Kedua-dua titik panas itu di kesan di Daerah Lundu, manakala sebanyak 363 titik panas dikesan di Kalimantan dan 777 di Sumatera.

Sementara itu, ekoran penurunan IPU ke tahap sederhana, semua sekolah di semua daerah dibuka semula hari ini. — DayakDaily