Inovasi JTS Sarawak raih 1 Anugerah Khas Antarabangsa

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Tn. Haji Alfian bin Bawi menerima pingat emas daripada Saidatu Akhma.

KUCHING, 18 Mac: Inovasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah meraih tiga pingat emas bagi kategori Public Service Innovation Award (PSIA) pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2023.

Tiga inovasi tersebut adalah Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian, e128 Loss of Land Title Online System oleh Sassoku-Tech dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan MySmartTOL oleh Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang.

Disamping itu juga satu inovasi yang bertajuk Intelligent Recovery System (i-Recovery) oleh RUAI VAIE D9 dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah memenangi pingat perak.

Advertisement

Projek Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari JTS Serian juga telah diberikan pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas daripada The International Alliance of Innovation & Invention Associations (IAIA) 2023.

Penyerahan pingat tersebut telah di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Datuk Saidatu Akhma Hassan pada 17 Mac 2023 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur. — DayakDaily

Advertisement