KOTA SAMARAHAN, 28 Feb: Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti sukan sepak takraw dekat Wisma Samarindah Parking Lot diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19 bermula esok.
Pejabat Kesihatan Samarahan menerusi satu kenyataan berkata, saranan tersebut adalah bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut pada 19 hingga 23 Februari lalu sekitar jam 5 petang hingga 7 malam.
“Mereka yang terlibat dengan aktiviti sukan sepak takraw di lokasi ini iaitu Wisma Samarindah Parking Lot berdekatan Kawasan Everise lama Taman Samarindah untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kota Samarahan.
“Ujian tersebut akan dilakukan esok (1 Mac) dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut boleh berhubung terus denga Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan di talian 082-672101. — DayakDaily