Indek kebebasan media terus meningkat — Chong

Chong (tiga kiri) dan Teo di Malam Media DAP di Kuching.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 18 Dis: Indek kebebasan media kini meningkat 20 angka dibandingkan pada tahun 2019, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.

Menurut beliau, indek tersebut pada tahun 2023 kini berada di tahap 20 angka.


“Pada tahun 2019, indek kebebasan media ialah 20 angka, dan pada tahun 2023 ini ia meningkat kepada 40 angka.

“Tahniah kepada semua pengamal media kerana telah memainkan peranan masing-masing,” katanya di Malam Media anjuran DAP di sini, malam ini.

Tambah Chong, dalam era digitalisasi pengamal media kekal penting dalam menyampaikan agenda kerajaan kepada orang awam.

Katanya, amalan demokratik memerlukan penyampaian maklumat secara tepat dan sahih.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. — DayakDaily