Hujan luar biasa dan fenomena air pasang besar akibatkan banjir

Keadaan banjir di Kampung Bungey, Debak.

Oleh Dean Adam

BETONG, Mac 6: Taburan hujan luar biasa diikuti fenomena air pasang besar telah mengakibat beberapa kawasan penempatan di daerah ini terjejas akibat banjir, hari ini.

Banjir itu telah mengakibatkan seramai 183 mangsa daripada 35 buah keluarga telah dipindah ke pusat pemindahan di Dewan Perpaduan Debak.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, antara kawasan yang terjejas akibat banjir ialah di Kampung Bungey, Debak.

Anggota APM membantu mangsa banjir.
Anggota APM membantu mangsa banjir.

Jelas JPBNS, setakat ini keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

“Kita akan mengemaskini maklumat mengenai situasi ini dari semasa ke semasa,” kata JPBNS di sini hari ini.

Tambah JPBNS, kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ketika ini juga berada dalam selesa. — DayakDaily