Hujan berterusan akibat banjir di SK Kuala Bok dan Rumah Panjang Kajan Sigeh

Keadaan banjir di Rumah Panjang Kajan Sigeh di Long Teru.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MARUDI, Jun 9: Hujan yang berterusan selama beberapa hari telah mengakibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok dilanda banjir, hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan memandangkan warga sekolah berkenaan masih bercuti.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berdasarkan laporan diterima, seramai 56 orang murid bersekolah di sekolah rendah itu.

Katanya, selain itu terdapat 11 orang guru dan tujuh staf sokongan.

“Trend air pada sebelah pagi menunjukkan trend menaik, manakala pada sebelah petang paras air masih bertahan atau tiada perubahan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, sebuah rumah panjang di Long Teru iaitu Rumah Panjang Kajan Sigeh turut dilaporkan terjejas akibat banjir.

“Namun, keadaan adalah terkawal dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya. — DayakDaily

Advertisement