‘Hero’ rumah panjang, pantas padamkan kebakaran di Saratok

Penduduk rumah panjang Dennis Anak Nyalamba berjaya selamatkan tempat tinggal mereka daripada terbakar.
Advertisement

SARATOK, 11 Jan: Rumah panjang Dennis Anak Nyalamba, di sini berjaya diselamatkan daripada terbakar, hasil kepantasan dan kecekapan penduduknya sendiri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jam 5.04 petang itu berjaya dipadamkan menggunakan enam unit alat pemadam api.

Katanya, tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan rumah panjang 21 pintu itu dan kebakaran hanya membabitkan satu ruang tidur.

Advertisement

Difahamkan seorang mangsa iaitu lelaki mengalami kecederaan melecur di tapak kaki dan telah diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diketuai Pegawai Bomba Muhammad Shukur Jamaludin kemudian membuat pemantauan.

Mereka kemudian bergerak balik ke balai selepas memastikan keadaan benar-benar selamat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement