Henti suntikan dana kepada SEDC dan BDA satu langkah positif

Roland Engan
Advertisement

Oleg DayakDaily Team

KUCHING, 26 Jun: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menganggap tindakan Kerajaan Negeri menghentikan suntikan dana kepada dua badan berkanun mulai 2027 satu langkah positif.

Pengerusinya Roland Engan berkata, ia sudah tentu memastikan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) terus berdikari.

Advertisement

“Ini akhirnya berpotensi meringankan beban kewangan Kerajaan yang boleh ditumpukan pada pembinaan infrastruktur untuk keselesaan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Roland, SEDC dan BDA sudah sepatutnya mula mengambil langkah reformasi dalaman.

Katanya, kedua-dua badan berkanun tersebut harus mempersiapkan diri agar boleh menjana pendapatan tinggi untuk Sarawak kelak.

“Justeru jika suntikan dana untuk SEDC dan BDA dihentikan, badan berkanun dan badan amanah lain mesti diberi suntikan dana untuk mencapai tujuan penubuhan mereka,” ujar Roland. — DayakDaily

Advertisement