Helikopter bawa Abang Johari dan rombongan mendarat di Unimas akibat cuaca buruk

A screengrab from the video showing the helicopter landing at Unimas.

KUCHING,18 Dis: Sebuah helikoper yang membawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongan terpaksa membuat pendaratan susulan cuaca buruk, kira-kira jam 2 petang tadi.

Helikopter tersebut yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuching (LTAK) terpaksa mendarat di Padang Kawad Univesiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Ketua Menteri bersama rombongan kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat.


Sumber memberitahu Abang Johari bersama rombongan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Abang Johari merupakan calon GPS yang bertanding untuk kerusi DUN Gedong pada Pilihan Raya Negeri ke-12. ― DayakDaily