This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 1 Ogos: Hari Muzium Antarabangsa 2023 yang dianjurkan di Kuching merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurut beliau, Sarawak bercita-cita menjadi destinasi utama dalam sektor eko-pelancongan dan penganjuran acara.
Ini, katanya, disokong oleh kepelbagaian warisan, budaya dan pemeliharaan biodiversiti selain pelaburan yang menggalakkan dalam pembangunan industri pelancongan.
“Untuk mencapai objektif ini, salah satu inisiatif kita ialah menganjurkan acara-acara dan festival yang unik.
“Ini dilakukan dengan sokongan kewangan yang cukup serta promosi bersama,” katanya pada Perasmian Seminar Hari Muzium Antarabangsa 2023 di sini, hari ini.
Sementara itu, tambah Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, pelbagai aktiviti telah diatur bagi mempromosi Hari Muzium Antarabangsa 2023 yang memilih tema ‘Muzium, Kesejahteraan Dan Kelestarian’.
Ujar beliau, seminar yang diadakan tiada pengecualian dan adalah sangat penting kepada para peserta.
“Peranan muzium adalah penting dalam masyarakat kita kerana ia mampu meningkat kesedaran orang ramai terutama golongan muda yang bakal mewarisi khazanah yang sedia ada,” kata Abdul Karim. — DayakDaily