Harga runcit RON97 RON95 Diesel naik

Harga runcit RON97,RON95 naik

KUCHING, 4 Dis: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 akan naik tiga sen manakala harga runcit diesel akan naik lima sen dari tempoh 5 Disember hingga 11 Disember depan.

Harga runcit RON 97 akan naik tiga sen dari RM1.97 seliter ke paras RM2 seliter dan harga runcit RON95 juga akan naik tiga sen dari RM1.67 seliter ke paras RM1.70 seliter.

Mengikut laman Facebook, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penguna hari ini harga runcit diesel pula akan naik lima sen dari RM1.85 seliter ke paras RM1.90 seliter. — DayakDaily