GPS tiada halangan Bersatu letak calon di PRN-12

Dato Sri Fadillah Yusof (file photo)

KUCHING, 19 Mac: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai sebarang halangan untuk mana-mana parti dalam gagasan perikatan Nasional termasuk parti Bersatu untuk bertanding di Sarawak.

Naip Presiden kanan Parti Persaka Bumiputera bersatu Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Sebagai parti yang membentuk kerajaan Sarawak, GPS akan meletakkan semua calonnya di semua 82 buah kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti.

“kita adalah GPS, kita mempunyai calon kita sendiri di semua 82 kerusi berkenaan sama ada di DUN atau kawasan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas sei Taklimat Program Pengurusan Covid-19 bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan Negeri.


Beliau berkata, ketika ini terdapat persefahaman antara GPS dengan ahli parlimen yang mewakili parti Bersatu di Sarawak.

Katanya, perkara itu akan dipertimbangkan kemudian untuk memncari bagaimana kedua-dua parti terlibat dapat mencapai persefahaman yang diperlukan dalam hal terbabit.

Bagaimanapun sebarang keputusan berkaitan isu terbabit akan hanya diputus oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan Pengerusi GPS.

Ketika parti Bersatu mempunyai Dua ahli Parlimen dan satu Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) di sarawak yang di wakili oleh Datuk Ali Biju dan Datuk Willie Mongin.

Ali yang merupakan Ahli Parlimen Saratok juga merupakan ADUN Krian, manakala Datuk Willie Mongin merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo. -DayakDaily