GPS lebih terbuka dan berani dari DAP

Zharudin Narudin
Advertisement

KUCHING, SEPT 28: Kebimbangan DAP melalui usaha menyekat pemimpin utama PAS datang ke Sarawak adalah petanda sikap pengecut.

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin berkata ia mengambarkan pemimpin DAP sudah ketandusan idea.

Beliau memetik kenyataan Timbalan Presiden DAP Sarawak David Wong melalui sebuah laman portal berita untuk menyekat Dato Seri Hadi Awang ke Sarawak.

Advertisement

“Itulah contoh sikap tertutup yang tidak cuba untuk mengenal budaya, adat resam serta agama orang lain.

“Ia juga adalah gambaran awal bagaimana mereka (DAP) akan memerintah Sarawak nanti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Justeru, Zharudin mengajak rakyat Sarawak menilai kenapa DAP bersikap sedemikian.

Katanya, itu adalah petanda bahawa tiada bangsa lain dari kalangan peribumi terutama orang Islam yang boleh menasihati mereka berhubung sikap baik masyarakat peribumi yang perlu DAP pelajari.

“Inilah bukti yang jelas dari DAP Sarawak sendiri yang tidak pernah atau akan mewakili suara orang Melayu, Iban atau peribumi Sarawak,” ujar beliau.

Tambah beliau, PAS Sarawak sepenuhnya dipimpin oleh bangsa Sarawak dan peribumi Sarawak.

Oleh yang demikian katanya, ia sekaligus membuktikan PAS diterima di Sarawak.

“Malah PAS lebih kagum dengan sifat “gentlemen” pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak(GPS) yang terbukti mewakili semua kaum dan masyarakat pribumi Sarawak.

“GPS lebih bersifat terbuka menerima tetamu atas semangat rakyat Malaysia,” katanya lagi.— DayakDaily

Advertisement