GPS bertanding di semua kerusi dalam mana-mana Pilihanraya — Fadillah

Dato Sri Fadillah Yusof

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 23 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua kerusi dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang, tegas Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri, ia untuk memastikan Sarawak terus stabil dan maju demi rakyatnya.

“Ini adalah pendirian yang disokong sepenuhnya oleh ahli-ahli PBB seluruh Sarawak,” katanya dalam ucapan laluan di Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching 2023 hari ini.

Konvensyen telah dirasmikan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambah Fadillah, adalah penting bagi ahli-ahli PBB untuk sentiasa mengukuhkan perpaduan dan memperkasakan PBB dan GPS.

Setiap ahli katanya harus bekerja keras demi rakyat Sarawak dan memastikan PBB dan GPS terus kukuh memerintah Negeri Sarawak.

“PBB sebagai tonggak utama GPS haruslah sentiasa memastikan perpaduan dan kekuatan GPS.

“Kita tidak mahu dan akan menentang apa juga usaha untuk melemahkan dan memecahbelahkan GPS sama ada dari dalam ataupun luar GPS.

“Komponen-komponen parti dalam GPS bukan sahaja dituntut sehaluan dalam membuat keputusan malah harus menghormati asas penubuhan dan perjuangan GPS,” kata Fadillah. — DayakDaily