This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Jun: Golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas kini boleh memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS).
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dalam kenyataan hari ini berkata, SRAS menyediakan bantuan sewa RM200 sebulan selama 36 bulan maksimum.
Katanya, ia khusus kepada penyewa yang menyewa di bandar Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri.
“Permohonan juga dibuka kepada ibu bapa tunggal, sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak tinggal bersama.
“Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) dan penerima bantuan e-kasih juga dialu-alukan memohon,” kata HDC.
Dengan penambahan syarat kelayakan untuk golongan bujang memohon, HDC mengjangkakan kenaikan permohonan SRAS.
Ia sekaligus dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.
Permohonan SRAS dibuka untuk warganegara Malaysia pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status “K”, Bujang atau Berkahwin, serta berpendapatan tidak melebihi RM3,500.
Borang permohonan SRAS boleh dimuat turun di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.
Untuk maklumat lanjut juga, anda boleh menghubungi HDC di talian 082-443741 (Pemasaran). — DayakDaily