Gereja Sacred Heart di Sungai Bawan, Kanowit yang berusia 141 tahun kini dibaikpulih

Gambaran bahagian dalam Gereja Sacred Heart Sungai Bawan yang asalnya dibina menggunakan kayu belian.

KUCHING, 23 April: Gereja Sacred Heart di Sungai Bawan, Kanowit yang dibina pada tahun 1883 kini sedang dalam proses penambahbaikan.

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) pada tahun 2021 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tujuan tersebut.

Gereja tersebut yang kini berusia 141 tahun telah dibina oleh Paderi Katolik Eropah dan antara gereja tertua di Sarawak.


Menerusi hantaran video di Facebook milik Tom Kennedy Musa, kelihatan beberapa pekerja sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih Gereja Sacret Heart, Sungai Bawan.

Keadaan luar gereja yang dibina pada tahun 1883.

Asalnya, struktur tiang dan bahagian lain gereja tersebut dibina dengan menggunakan kayu belian.

Apabila siap nanti gereja berkapasiti 100 orang itu bakal memberi kemudahan beribadat kepada penduduk Kristian Katolik di beberapa rumah panjang sekitarnya.

Antara yang mendapat manfaat ialah Rumah Daniel Rangkong, Rumah Mary Grace, Rumah Paulus Yan, Rymah Sunti, Rumah Veronica Silas, Rumah Adrian Luang serta penduduk sekitar Sungai Tuah dan Ulu Bawan.

Menurut perancangan, sebuah sekolah juga akan dibina berhampiran gereja tersebut. — DayakDaily