Gempar ular sawa di perkarangan pusat beli belah

Anggota APM menunjukkan ular sawa yang ditangkap.

Oleh Dean Adam

MIRI, Jun 15: Orang ramai yang berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di sini gempar dengan kehadiran seekor ular sawa, hari ini.

Panik dengan kehadiran reptilia itu, orang ramai kemudian menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jurucakap APM berkata, sejurus menerima panggilan itu pada pukul 2.54 petang, sepasukan empat anggota APM bergegas ke pusat membeli belah tersebut.

Katanya, apabila tiba, pasukan APM mendapati seekor ular sawa batik yang masih berada di perkarangan pusat membeli belah berkenaan.

Ular sawa tersebut dikatakan seberat 18kg dan panjang kira-kira 2 meter.
Ular sawa yang dijumpai di perkarangan pusat beli belah.

“Skuad APM terus bertindak menangkap ular yang sepanjang kira-kira 2 meter dan seberat 18 kilogram menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap sama menambah, pasukan APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular sawa berkenaan.

“Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 3.09 petang,” katanya. — DayakDaily