Gawai Dayak Bazar 2020 di Miri dibatalkan

Traditional Borneo beads and accessories. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mac 18: Majlis Pra Pelancaran Gawai Dayak Bazar 2020 yang dijadualkan pada Mac 27 ini di sebuah hotel di Miri dibatalkan.

Penganjur, Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak(GADS) menerusi kenyataan presidennya Vicky Gulin Shandom mendedahkan keputusan dibuat selaras dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini hingga Mac 31.

Sehubungan dengan itu, tambah Vicky, penganjuran Gawai Dayak Bazar 2020 yang dijadual bermula Mei 2 hingga 24 di Permyjaya, Miri turut dibatalkan.


“Keputusan dibuat ekoran pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin (Mac 16) lepas.

“Ia adalah sebagai usaha menyokong mencegah penularan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Dengan pembatalan itu, Vicky memaklumkan bahawa pihaknya akan berurusan terus dengan mereka yang telah membeli tiket ke majlis pra pelancaran. — DayakDaily