KUCHING, 29 Nov: Usaha untuk menjejaki semua pengiat seni kreatif khususnya golongan veteran dalam industri tersebut giat dilakukan Perbananan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)Â bagi membantu mereka terutama yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Ahli Perbadanan Finas Sarawak Datuk Norhyati Ismail berkata, usaha tersebut dilakukan memandangkan kebanyakan pengiat seni ini telahpun berpindah atau bertukar alamat daripada alamat asal yang dimiliki dalam data Finas.
“Finas sememangnya mempunyai data-data mengenai semua pengiat seni ini namum menghadapi sedikit kesukaran untuk mengesan mereka memandangkan kebanyakan mereka tidak lagi berada di alamat yang kita ada ini.
“Usaha ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Finas kerana kita ingin membantu dan memberikan sumbangan kepada mereka ini khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran dan terputus pendapatan akibat penularan wabak Covid-19,” katanya ketika ditemui pada Program Finas Menyantuni Pengiat Industri Kreatif Borneo melalui Program Finas Prihatin 2.0.
Beliau berkata menerusi program tersebut, Finas mensasarkan untuk membantu keseluruhan 50 pengiat industri kreatif di Sarawak yang memerlukan sumbangan.
Katanya, bagi tahun 2020, seramai 10 pengiat seni kreatif veteran dibantu oleh Finas menerusi program Finas Prihatin 2.0.
“Program ini merupakan inisiatif berterusan Finas dalam membantu golongan pengiat seni veteran yang banyak memberikan sumbangan dan jasa kepada industri kreatif di Sarawak.
“Untuk di Sarawak, program ini baru dilaksanakan pada tahun ini selepas ia diperluaskan daripada program sama yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia yang merupakan salah satu daripada program tanggungjawab korporat Finas,” katanya.
Norhyati berkata, usaha itu akan diteruskan pada tahun berikutnya agar lebih ramai pengiat seni kreatif di Sarawak khususnya golong veteran industri dapat dibantu dan diberikan sumbangan.
Ia sekali gus memberikan isyarat bahawa jasa dan sumbangan pengiat seni kreatif veteran ini terus dihargai dan diingati. — DayakDaily