KUCHING, Mac 9: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Amminuddian Ihsan Abidin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengadakan kerjasama dan mempromosi Usahawan Mikro Kebajikan kepada usahawan dan pihak yang berminat di Brunei.
Usahawan Mikro Kebajikan adalah di bawah Jabatan Wanita dan keluarga Sarawak (JWKS).
Turut menyertai rombongan, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Pengarah JWKS Noriah Ahmad. — DayakDaily