Entiti bekalan air bersepadu diwujudkan hujung tahun 2024

Dr Abdul Rahman Junaidi
Advertisement

KUCHING, 13 April: Satu entiti bekalan air bersepadu bakal diwujudkan pada hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurut laporan TVS, Dr Abdul Rahman berkata, nama entiti berkenaan belum dimuktamatkan lagi setakat ini meskipun terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan.

“Perbincangan telah dilakukan sejak dua tahun lepas dan kita dimaklumkan entiti air ini akan dapat diselesaikan dan dilaksanakan hujung tahun ini.

Advertisement

“Ia sekali gus memastikan urus tadbir dengan lancar dan sistematik,” katanya ketika ditemu di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Tambah Dr Abdul Rahman, pelaksanaannya selaras dengan saranan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan kita dapat melakukan sistem pendigitalan terhadap bekalan air di negeri ini.

Katanya lagi, entiti air tersebut bakal menguruskan bekalan air di seluruh Sarawak pada masa akan datang.

Empat agensi utama yang bakal digabungkan melibatkan Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Lembaga Kawasan Air Utara. — DayakDaily

Advertisement