This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 26 Jun: Empat kumpulan dan 2 peserta individu bakal bertanding merebut gelaran Juara Tok! Buskers Challenge 2023 pada 1 Julai ini.
Pertandingan akan diadakan di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching mulai jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran TV2 RTM.
Enam peserta akhir ialah 3 Jejaka Sopan Buskers, KJ Buskers, Adruce Azman, Adi Buskers, Man-Kids Buskers dan Senggalang Buskers.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia adalah usaha untuk mengangkat industri busker yang kini sudah popular dikalangan masyarakat.
“Mereka (buskers) juga penghibur dan mereka sangat berbakat. Muzik buskers ini sangat dekat di hati rakyat, industri ini sudah menular dan diterima oleh masyarakat.
“Ia juga satu sumber rezeki kepada mereka yang terlibat,” kata Abdul Karim pada sidang media di Kuching hari ini.
Tok! Busker Challenge 2023 menyediakan hadiah wang tunai RM10,000 kepada juara, tempat kedua (RM7,000) dan tempat ketiga menerima RM5,000.
Manakala tiga peserta akhir pula menerima hadiah saguhati RM3,000. — DayakDaily