Empat rumah terjejas akibat kejadian tanah susur di Kg Tembirat Tengah, Asajaya

Pasukan Bomba memantau lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


ASAJAYA, 13 Jun: Sekurang-kurangnya empat rumah di Kampung Tembirat Tengah, di sini terjejas akibat berlaku tanah susur sejak malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata dua daripada rumah tersebut dilaporkan musnah dan roboh di bahagian dapur.

Katanya, dua lagi rumah berdekatan juga dikhuatiri mengalami nasib yang sama.

“Susulan itu, penghuni di keempat-empat buat rumah telah diarahkan berpindah ke tempat yang selamat demi keselamatan.

“Kawasan tersebut telah dipasang sawar-sawar oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kejadian tanah susur itu juga telah dilaporkan kepada pihak Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini diserahkan kepada polis untuk kawalan keselamatan. — DayakDaily