Empat gerai, satu khemah jualan musnah terbakar di Pekan Sebuyau

Kebakaran melibatkan empat gerai dan satu khemah jualan di Pekan Sebuyau.
Advertisement

SEBUYAU, 31 Ogos: Sekurang-kurangnya empat gerai menjual makanan dan sebuah khemah tempat menjual pakaian di Pekan Sebuyau musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebuyau menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.45 pagi.

Katanya, laporan yang diterima memaklumkan berlaku kebakaran bangunan kedai struktur tidak kekal.

Advertisement

“Setibanya pihak Bomba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan empat buah gerai menjual makanan dan sebuha khemah menjual pakaian yang telah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh PBS (Pasukan Bomba Sukarela) Sebuyau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran melibatkan empat gerai dan satu khemah jualan di Pekan Sebuyau.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan turut hadir di lokasi kejadian.

“BBP Simunjan membentang 200 kaki hos satu pancutan dan melakukan ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca api,” katanya.

Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement