This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 14 Jun: Empangan Hidro Baleh di Kapit yang sedang di dalam pembinaan dijadual mengeluarkan kuasa elektrik pada tahun 2028.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaannya sekarang berjalan lancar dan mengikut jadual.
“Bagi projek Empangan Baleh, jadual siap adalah pada tahun 2016, sekarang sedang berjalan lancar.
“Hanya pada masa Covid-19 ada sedikit tergendala. Saya belum pasti kemajuan projek tapi ia berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Sambutan Hari Gawai Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi di kediamannya di Kuching malam semalam.
Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan bahawa Sarawak juga akan membina empangan di Trusan.
Katanya, kajian kini sedang dijalankan dan pelaksanaannya setelah itu nanti. — DayakDaily