Elaun Adun Sarawak yang hadir di persidangan DUS naik ke RM450 sehari

Abang Johari menyanyi bersama pemimpin lain di majlis di Kuching. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Mei: Elaun Adun yang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) dinaikkan kepada RM450 sehari berbanding RM50 sehari sebelum ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, peningkatan elaun adalah seperti mana elaun yang diterima Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan Dewan Rakyat yang menerima RM400 sehari.

Advertisement

“Saya bertanya kepada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang memberitahu bahawa ADUN Sarawak menerima RM50 sehari, manakala Ahli Parlimen menerima RM400 sehari.

“Jadi kita akan naik elaun daripada RM50 jadi RM450 sehari.

“Persidangan DUN Sarawak bersidang sepanjang lapan hari dengan dua sesi yang menjadikan jumlah elaun yang perlu dibayar lebih kurang setengah juta,” kata Abang Johari .

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis ‘Gabungan Parti Sarawak (GPS) Backbencher’s Night’ malam ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak mempunyai hasil yang mencukupi bagi membayar elaun bagi ADUN untuk tempoh 16 hari persidangan. — DayakDaily

Advertisement