Elak guna jalan alternatif Ngungun-Temalat kerana bahaya semasa hujan

Kelihatan kenderaan pacuan empat roda yang terhumban.

Oleh Dean Adam

KAPIT, Dis 22: Orang ramai yang mula balik ke Song atau Kapit sempena sambutan Hari Krimas akan datang diingatkan agar menggunakan laluan alternatif Sibu-Kapit kerana jalan Ngungun ke Temalat sangat bahaya dan licin apabila hujan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Katibas, Paren Nyawi, berkata ini kerana banyak kenderaan pacuan empat roda yang terkandas akibat jalan sangat licin khususnya semasa dan selepas hujan.


Malah katanya, ada kenderaan terjatuh ke dalam gaung disebabkan permukaan jalan yang licin.

Beginilah permukaan jalan yang licin.

Kelihatan kenderaan pacuan empat roda yang terhumban.

“Justeru, orang awam atau pengguna jalan raya diingatkan supaya menggunakan jalan alternatif Sibu-Kapit.

“Ini bagi mengelakkan daripada berkenaan kejadian yang tak diingini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemandu menunggu giliran sebelum mengharungi curam yang licin demi keselamatan.

Paren menambah, laluan jalan raya sebenar dijangka siap pada tahun 2021.

“Ia merupakan projek dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang masih dalam proses pembinaan,” ujarnya lagi. — DayakDaily