Ekonomi Sarawak diterima generasi baharu bagi 60 tahun akan datang — Abang Johari

Abang Johari (empat kanan) melancarkan Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka di Lawas. Petikan skrin: Strim langsung Ukas

KUCHING, 28 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin negeri ini dalam tempoh 60 tahun akan datang diterima oleh generasi baharu.

Katanya, Sarawak kini telah mengorak langkah ke arah ekonomi baharu berteraskan digital, mendahului negeri-negeri lain di Malaysia.

“Empat bulan selepas saya ambil alih dari mending Tok Nan (Adenan Satem), saya perkenalkan dasar digital kita.


“Apabila dunia diserang Covid-19, baru kita sedar pentingnya transaksi online.

“Beli barang secara online, beli ikan online, bayar pun online. Nasib kita sudah mengubah ekonomi kepada digital,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Kembara Sarawak Merdeka Bersempena 60 Tahun Kemerdekaan di Taman Awam Lawas hari ini.

Tambah Abang Johari, generasi baharu Sarawak boleh mendalami ilmu dan teknologi canggih.

Generasi ini katanya boleh menambah nilai kepada sumber asli yang ada seterusnya membangunkan negeri dalam tempoh 60 Tahun akan datang.

Menurut Abang Johari lagi, terbaharu Sarawak kini menceburi bidang ekonomi menghasilkan Sustainable Aviation Fuel (SAF) daripada algae (lumut).

Turut hadir Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. — DayakDaily