Durian kuning-kuning pilihan warga German

Tangkap skrin dari video menunjukkan pelancong warga German mahukan durian kuning-kuning.

KUCHING, 16 Jan: Gelagat warga German yang membeli durian di Kampung Pichin di Serian baru-baru ini mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Pada hantaran di laman Facebook milik Valerian Majeng, warga German yang boleh bertutur bahasa Malaysia itu tertarik dengan durian yang dipanggil beliau sebagai ‘durian kuning-kuning’.

“Nice nice, berapa harga durian kuning-kuning. RM5 satu biji; okay okay I take (saya ambil),” katanya.


Warga German tersebut memanggil gelaran kuning-kuning setelah dimaklumkan oleh Valerian bahawa isi durian yang ditanya beliau adalah bewarna kuning.

Beliau juga bertanya adakah durian yang isi di dalamnya berwarna merah dan oren.

Selain itu, beliau juga turut memuji durian yang lain yang diletakkan di atas sebuah kenderaan pancuan empat roda.

“Cantik, I like them all (saya suka semua); they like babies, so beautiful, so nice (semua macam bayi, begitu cantik, begitu bagus,” katanya. — DayakDaily