Dua warga emas selamat dalam kebakaran di Saratok

Kebakaran di Kampung Kupang Hilir, Saratok.

SARATOK, 5 Nov: Dua warga emas berjaya diselamatkan dalam kebakaran rumah di Kampung Kupang Hilir, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.16 tengah hari.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang telah terbakar 100
peratus dan sebuah lagi rumah dua tingkat (bersebelahan) telah terbakar dua peratus.

“Maklumat dari orang awam, terdapat dua warga emas telah berjaya diselamatka oleh oranb awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran dengan teknik offensive dan defensive bagi mengelakkan kebakaran merebak.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan api telah dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily