Dua warga asing maut dalam kemalangan di Bintulu

Keadaan di lokasi kejadian. Foto: IPD Bintulu

BINTULU, 11 Julai: Dua lelaki warganegara asing meninggal dunia selepas terlibat Dalam kemalangan berdekatan simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan, di sini hari ini.

Menurut laman Facebook PDRM Bintulu, kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 6.23 petang ketika kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal.

Katanya, motosikal dinaiki mereka telah berlanggar dengan sebuah Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan (Ulu Sebauh menuju ke pusat bandar).


Dalam kejadian tersebut, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng disahkan meninggal dunia di Zon Kecemasan Hospital Bintulu pada jam 7.21 malam tadi.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu Mitsubishi Triton dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana pihak atau saksi kejadian yang nampak berkenaan kemalangan tersebut dimohon untuk tampil menghibungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lydia Allan di talian 010-9007791. — DayakDaily