Dua wanita disyaki ejen judi ditangkap di Bau

Gambar komposit menunjukkan kedua-dua suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, Mac 8: Dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berumur 45 dan 47 tahun.

Katanya, mereka ditahan di Lorong 6 Sepadah dan Lorong 47, Kampung Stenggang kira-kira jam 2.23 petang hingga 2.25 petang menerusi Op Dadu.


Jelas beliau, dalam serbuan polis turut merampas sejumlah wang tunai dan dua unit telefon bimbit serta kad sim.

Beliau berkata, kedua-dua suspek juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Terbuka 1953. — DayakDaily