This Content Is Only For Subscribers
LUNDU, 17 Ogos: Dua disahkan meninggal dunia dalam nahas di Kilometer 10, Kampung Stunggang Hulu, Jalan Lundu-Bau, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin berkata mangsa Elbern Kuan Shian Ching, 24, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Lai Tze Kang, 26, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Lundu.
Katanya, kemalangan kendiri tersebut berlaku sekitar jam 11 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bau menuju ke Lundu.
“Kemalangan berlaku apabila kereta bergerak lurus dari arah Bau telah disyaki hilang kawalan mengakibatkan terbabas ke sebelah kiri jalan dan jatuh ke dalam parit besar.
“Mangsa (Elbern) disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi manakala seorang lagi mangsa (Lai Tze Kang) disahkan meninggal dunia pada jam 12.50 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Manakala seorang lagi mangsa iaitu penumpang kereta dilaporkan turut mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Lundu.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu turut hadir di lokasi kejadian. — DayakDaily