Dua maut, kereta terputus dua di Miri

Keadaan kereta tersebut yang terputus dua.

MIRI, 6 Sept: Seorang lelaki dan wanita disahkan terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terputus dua di Jalan Kuala Baram By Pass, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada jam 10.05 malam dan anggota dari Balai Bomba Lopeng terus ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang terlibat kemalangan kendiri.


Lokasi bahagian hadapan dan belakang kereta tersebut yang terputus dua.

“Kereta tersebut melanggar pokok sehingga mengakibatkan terputus dua dan terdapat dua mangsa masih berada di dalamnya.

“Setelah membuat pemeriksaan, bomba kemudian mengeluarkan kedua-dua mamgsa dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan. — DayakDaily