Dua maut dalam insiden Kapal MV Dayang Topaz

Petugas kesihatan dan agensi penguatkuasa memindahkan mangsa dari kapal penyelamat ke daratan (Pelabuhan Miri) sebelum dihantar ke Hospital Miri (27 Oct 2020).

KUCHING, Okt 27: Pusat Koordinasi Penyelamatan Maritim (MRCC) mengesahkan dua anak kapal yang terlibat insiden pelangaran MV Dayang Topaz telah meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa adalah warganegara Malaysia.

Kedua-dua mangsa terbabit merangkumi 185 anak kapal warganegara malaysia dan dua anak kapal warganegara Indonesia iatu kapten kapal dan ketua pegawai yang berumur antara 21 hingga 63 tahun

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, dua mangsa turut dilaporkan cedera dan dipindahkan daripada Platform Naga 2 untuk dibawa ke Pangkalan Udara Miri oleh helikopter milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi rawatan lanjut di Hospital Miri

Katanya sehingga jam 6.00 petang tadi, 174 anak kapal terbabit telahpun dipindahkan ke daratan termasuk dua mangsa yang di laporkan meninggal dunia dalam kerjadian terbabit.


Ujar Datuk Mohd Zubil, MRCC Putrajaya turut menyelaras keperluan untuk ujian saringan jangkitan Covid-19 kepada semua anak kapal terlibat yang diselia oleh Pejabat Zon Maritim Miri manakala ujian dlakukan oleh petugas kesihatan Miri.

Kapal MV Dayang Topaz yang disewa oleh pihak Petronas Carigali yang dilaporkan mengalami kerosakan kini berada dalam jarak kira-kira empat batu nautika dari kuala Sungai Miri dengan 13 anak kapal masih berada di kapal terbabit bagi menguruskan keadaan di kapal berkenaan.

Dalam kejadian awal pagi tadi kabel sauh kapal terbabit putus susulan cuaca buruk, menyebabkan kapal terbabit tidak dapat dikawal lalu hanyut dan melanggar pelantar Baram B yang terletak 7.7 batu nautika dari Kuala Baram Miri. — DayakDaily