Dua lelaki nyaris maut, kenderaan dinaiki terbalik

Beginilah keadaan di lokasi kemalangan.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Jan 5: Dua lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalijlk di simpang Marudi di sini malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.

Advertisement

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.27 malam. Sejurus itu sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

“Pemeriksaan mendapati seorang mangsa masih tersepit dalam kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi sudah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Jurucakap sama menambah, pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 11.03 malam,” katanya. — DayakDaily

Advertisement