Dua lelaki hidung belang dan tiga GRO dicekup

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Dean Adam

BINTULU, Okt 23: Dua lelaki tempatan berhidung belang serta tiga wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di sini semalam.

Serbuan hasil risikan polis bagi memerangi kegiatan pelacuran itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari.


Sumber memberitahu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 24 hingga 36 tahun.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Bintulu.

“Hasil serbuan, pihak polis telah merampas tiga beg tangan, tiga kondom dan wang sebanyak RM160 dipercayai daripada aktiviti pelacuran,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zulkipli Suhaili mengesahkan menerima laporan penahanan kesemua suspek.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Wanita warga asing itu juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. — DayakDaily