Dua lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di Sibu

Pemeriksaan dilakukan ke atas pengguna jalan raya.

BINTULU, 29 Dis: Dua lelaki ditangkap kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Abang Galau, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua lelaki terbabit merupakan antara 50 individu yang diperiksa dalam operasi Op Mabuk tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan menggunakan mesin Evidention Breath Analyzer (EBA) mendapati kandungan alkohol kedua-dua suspek melebihi paras dibenarkan.


Susulan itu, kedua-dua suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, pasukan operasi turut memeriksa 40 buah kenderaan.

Sementara itu, sebanyak 36 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi tersebut dari jam 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi diketuai Timbalan Ketua JSPT Sarawak DSP Mathew Manggie. — DayakDaily