MIRI, 21 Julai: Dua beradik bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah kuarters guru di Jalan Jee Foh, di sini petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata hanya kedua-dua mangsa sahaja berada di rumah semasa kejadian yanh dilaporkan berlaku sekitar jam 6.36 petang.
Katanya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral dan Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan bangunan kuarters kerajaan 4 tingkat telah terbakar di tingkat 2 bangunan yang dikatakan bermula dari dapur.
“Semasa kejadian anggota telah mengesan penghuni rumah iaitu dua kanak-kanak yang berjaya keluar dari bilik yang terbakar dan kedua-dua mereka selamat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dengan sumber air dari pili Bomba.
“Kebakaran berjaya dikawap pada jam 7.03 petang padam sepenuhnya pada jam 8 malam,” katanya.
Difahamkan ibu bapa dan adik kedua-dua mangsa yang terselamat semasa kejadian tidak berada di rumah.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily