DTTAS Education Fair di Betong pada 18 Mac

Natlie Austin
KUCHING, 6 Feb: Persatuan Think Tank Dayak Sarawak (DTTAS) akan menganjurkan Education Fair 2023 pada 18 Mac 2023 di Dewan Panglima Rentap, Betong, bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pegawai Publisiti DTTAS Edu Fair 2023 Natlie Austin berkata, ia bagi memenuhi tuntutan pelajar lepasan SPM dan STPM.
Dalam pada itu, Natlie berkata hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019 mendapati 5.8 peratus daripada kira-kira 32 juta populasi rakyat Malaysia tidak bersekolah atau tercicir daripada sistem pendidikan negara.
Katanya, ia satu situasi membimbangkan apabila sebahagian besar iaitu 72.1 peratus daripada rakyat negara ini juga memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kita percaya golongan yang tidak bersekolah ini terdiri daripada mereka yang lahir daripada keluarga susah, sebilangannya masyarakat Orang Asli dan masyarakat Orang Asal Sabah serta Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini. — DayakDaily