KUCHING, 25 Ogos: Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian meluangkan masa menyertai pasukan vaksinasi bergerak di kawasan Batu Kawa pada Selasa (24 Ogos).
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), ADUN Batu Kawah tersebut turut membantu menyuntik vaksin kepada golongan yang layak.
Katanya, usaha itu adalah bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada divaksinasi.
“Kita akan memastikan semua yang layak di kawasan Batu Kawa menerima vaksinasi dan tidak ada yang tercicir daripada menerima vaksin.
“Perlu diingat, vaksinasi bukan sahaja untuk melindungi diri dan keluarga tetapi juga membolehkan Sarawak mengekang penularan Covid-19 sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih selamat,” katanya.
Pada lawatan itu, Dr Sim seterusnya merakamkan penghargaan kepada para petugas yang terlibat dalam program vaksinasi bergerak tersebut.
Jelasnya, antara petugas barisan hadapan terlibat adalah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak, Klinik Kesihatan Batu Kawa dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kawa. — DayakDaily