Dr Abdul Rahman: Peserta ijtikaf di Masjid Darul Hana telah melapor diri

Dr Abdul Rahman (kiri) berbincang dengan ahli Jawatankuasa Pengurus Masjid Darul Hana pada lawatan tersebut.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Mac 17: Semua peserta iktiqaf di Masjid Darul Hana pada 6 hingga 8 Mac lepas telah melaporkan diri di pusat kesihatan sekitar Kuching.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, mereka telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Advertisement

ā€œMaklumat diperolehi dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), maknanya mereka ini telah melapor diri dan memaklumkan pergerakan mereka kepada pihak berkuasa.

ā€œNamun, saya menasihatkan jika masih ada yang belum melapor diri, harus segera ke pusat kesihatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan ke Masjid Darul Hana di Petra Jaya yang diberikan arahan tutup oleh JAIS semalam bagi membolehkan proses penyahkuman dilakukan hari ini.

Arahan dikeluarkan setelah didapati sejumlah jemaah tabligh yang menghadiri Majlis Ijtimak di Masjid Sri Petaling turut hadir beriktiqaf di Masjid Darul Hana dalam tempoh 3 hari tersebut.

Menurut Dr Abdul Rahman lagi, jumlah sebenar yang hadir ketika itu tidak dapat dipastikan tetapi ia melibatkan tenaga pengajar agama dan beberapa orang peserta.

ā€œBagi individu lain yang hadir ke masjid dalam tempoh 3 hari tersebut,seandainya ada simptom mirip Covid-19 segera melaporkan diri ke klinik kesihatan berhampiran,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa 7 masjid di seluruh negeri telah diarahkan ditutup sementara semalam.

Katanya, arahan dari JAIS itu melibatkan 2 di Kuching (termasuk Masjid Darul Hana), 2(Samarahan), 1 (Betong), 1 (Serian) dan 1 di Limbang.

ā€œWalaupun dimaklumkan tutup, ia adalah selaras dengan apa yang dijelaskan ketua menteri semalam dan apa yang diumumkan perdana menteri malam tadi,” ujar beliau lagi.

Pada Perutusan Khas Covid-19 di Putra Jaya malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok (18 Mac) hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Di bawah printah itu, semua rumah ibadat hendaklah ditutup dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat ditangguhkan.ā€” DayakDaily

Advertisement