Disyaki edar dadah bernilai RM13,020, tiga pelayan wanita ditahan polis

Royal Malaysia Police logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 April: Seramai tiga wanita tempatan disyaki terkibat dalam aktiviti mengedar dadah ditahan di sebuah pusat hiburan di sini pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya merampas sebanyak 237.20 gram dadah serbuk Ecstasy, 22 paket plastik lutsinar masing-masing berisi satu biji pil disyaki dadah jenis pil Ecstasy seberat 14.2 gram dan 4 paket plastik lutsinar masing-masing berisi habuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 3.0 gram bernilai jumlah RM13,020.


Tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak lebih kurang jam 4 petang.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Kesemua suspek yang masing-masing berusia 53, 32 dan 28 tahun itu akan direman hari ini.

Difahamkan, kesemua suspek bekerja sebagai pelayan di sebuah premis.

Pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. — DayakDaily