KUCHING, Mac 18: Pertunjukan Darul Hana Musical Fountain di Kuching Waterfront dibatalkan sementara.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi satu kenyataan media hari mendedahkan pembatalan itu berkuatkuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
“Pembatalan sementara pertunjukan Darul Hana Musical Fountain di Kuching Waterfront adalah berdasarkan kepada arahan kerajaan negeri Sarawak yang memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan.
“Ia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di kalangan orang awam yang berkunjung ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung,” menurut DBKU. — DayakDaily
Advertisement